| Keahlian
Darjah Kerabat akan
dianugerahkan oleh
Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan
atau pengganti Sultan.
|
DARJAH
KERABAT SRI INDERA
MAHKOTA PAHANG
YANG AMAT DIHORMATI
(D.K.) (ii)
|
|
Keahlian
Darjah Kerabat akan dianugerahkan
oleh Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan atau
pengganti Sultan.
DARJAH
KEBESARAN SULTAN
AHMAD SHAH PAHANG
YANG AMAT DI MULIA
|
Keahlian
Darjah Kebesaran
ini akan dianugerahkan
oleh Kebawah Duli
Yang Maha Mulia
Sultan atau Pengganti
Sultan.
Darjah
ini mempunyai empat
peringkat iaitu:
i.
Peringkat Pertama
- Sri Sultan Ahmad
Shah Pahang (S.S.A.P.)
ii.
Peringkat Kedua
- Darjah Sultan
Ahmad Shah Pahang
(D.S.A.P.)
iii.
Peringkat Ketiga
- Setia Ahmad Shah
Pahang (S.A.P.)
iv.
Peringkat Keempat
- Ahli Ahmad Shah
Pahang (A.A.P.)
|
Kekananan
|
Darjah
Kebesaran Sultan
Ahmad Shah Pahang
Yang Amat Di Mulia
ini adalah terkanan
kepada Darjah Kebesaran
Mahkota Pahang Yang
Amat Mulia. |
|
i.
Orang Lelaki atau
Perempuan boleh
diterima menjadi
ahli mana- mana
Peringkat Darjah
Kebesaran ini, yang
telah memberikan
perkhidmatan terpuji
dan cemerlang kepada
negeri.
ii.
Orang-orang daripada
luar negeri yang
fikirkan layak oleh
Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan,
patut dianugerahkan
kehormatan menjadi
ahli Darjah Kebesaran
ini akan diberi
gelaran Sri Sultan
Ahmad Shah Pahang
Kehormat atau Darjah
Sultan Ahmad Shah
Pahang Kehormat
atau Setia Ahmad
Shah Pahang Kehormat
atau Ahli Ahmad
Shah Pahang Kehormat
mengikut penganugerahannya.
|
Penggunaan
Huruf- huruf Ringkas |
Sesiapa
yang telah dianugerahkan
Darjah Kebesaran
Yang Amat Di Mulia
boleh meletakaan
huruf-huruf S.S.A.P.,
D.S.A.P., S.A.P.,
A.A.P., di hujung
namanya mengikut
penganugerahannya
pada tiap- tiap
masa. |
Mohor
|
Cap
Mohor Darjah Kebesaran
ini hendaklah bercorak
seperti Lencana
Sri Sultan Ahmad
Shah Pahang Yang
Amat Di Mulia ,
Peringkat Pertama
- Sri Sultan Ahmad
Shah Pahang . |
Pendaftar
|
Pendaftar
Darjah Kebesaran
hendaklah dilantik
oleh Kebawah Duli
Yang Maha Mulia
Sultan atau Pengganti
Sultan dan hendaklah
merakamkan semua
perjalanan mengenai
Darjah Kebesaran
ini di dalam satu
daftar yang diuntukkan
bagi maksud tersebut.
|
Pembatalan
Darjah Kebesaran
|
Jika
berlaku perlucutan
atau pembatalan
mana- mana ahli
Darjah Kebesaran
ini, maka ahli hendaklah
mengembalikan tanda-tanda
kemuliaan untuk
perkhidmatan bagi
Darjah Kebesaran
ini kepada Pendaftar.
|
Pengembalian
Tanda Kemuliaan
akibat Meninggal
Dunia |
Jika
berlaku kematian
mana- mana ahli
biasa Darjah Kebesaran
ini serta segala
tanda- tanda kemuliaan
dari Negeri ini
yang dipakainya
hendaklah dikembalikan
kepada Pendaftar
oleh waris atau
wakil dari ahli
tersebut, melainkan
mereka telah menerima
sepucuk surat daripada
Menteri menyatakan
adalah dengan limpah
kurnia Raja Pemerintah
membenarkan penyimpanan
tanda-tanda kemulian
tersebut oleh waris
ahli yang meninggal
sebagai tanda penganugerahan
dan penghargaan
Diraja. |
Tanda
Kemuliaan Ahli Kehormat
yang Meninggal Dunia
|
Tanda
kemuliaan Ahli Kehormat
yang meninggal dunia
tidak perlu dikembalikan
tetapi, warisnya
dikehendaki menghantar
sepucuk surat menyatakan
perkara kematian
ahli tersebut kepada
Pendaftar. |

PERINGKAT
PERTAMA
SRI SULTAN AHMAD
SHAH PAHANG (S.S.A.P.)
|
|
| Kalung |
Kalung
Darjah Kebesaran
ini hendaklah mengandungi
empat keping emas
besar, dua belas
keping emas kecil
dan dicantumkan
dengan rantai emas.
Di muka bagi tiap-
tiap kepingan emas
ini terletak sama
ada ukiran Lambang
Kebesaran Negeri
Pahang, keris berwarna
hitam putih, perkataan
"Dilindungi Allah"
dalam tulisan Jawi,
daun kopi dan bintang
berbucu dua belas.
|
| Bintang |
| Bintang
Darjah Kebesaran ini
berupa bintang yang
diperbuat daripada
emas 18 karat dan
enamel berwarna putih.
Bintang Darjah Kebesaran
ini berupa bintang
yang berbucu lima
dan mempunyai lima
pasang bulan bintang.
Di tengah-tengah Bintang
ini terletak Lambang
Kebesaran Negeri Pahang.
|
| Lencana |
| Lencana
hendaklah berupa ukiran
bintang lima bucu
diperbuat daripada
emas dan dimukanya
terletak ukiran, diperbuat
daripada emas, wajah
Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan
Ahmad Shah |
| Riband
|
Riband
atau Selepang Darjah
Kebesaran ini hendaklah
selepang panjang
sutera selebar 3½
inci berwarna hijau
bertepikan jaluran
kuning dengan tiga
jaluran kuning di
tengah-tengahnya.
|
| Masa
Memakai |
i.
Kalung dan Lencana
hanya boleh dipakai
pada hari-hari istimewa
yang dipanggil Hari
Kalung
ii.
Riband atau Selepang
adalah dipakai pada
hari-hari atau waktu-waktu
selain dari itu
di mana-mana Darjah-darjah
Kebesaran dan Bintang-bintang
Penghormatan dikehendaki
dipakai apabila
diperintahkan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia
Sultan.
iii.
Bintang hendaklah
dipakai setiap kali
memakai Kalung atau
Riband. |
| Gelaran
Pemakaian |
| Ahli-ahli
lelaki dan perempuan
yang telah dianugerahkan
Darjah Kebesaran Peringkat
Pertama Sri Sultan
Ahmad Pahang boleh
menggunakan gelaran
"Dato' Sri" sebelum
nama mereka pada setiap
masa. Isteri kepada
ahli yang dikurniakan
Darjah Kebesaran ini
boleh menggunkan gelaran
"Datin Sri" sebelum
nama mereka pada setiap
masa. |

PERINGKAT
KEDUA
DARJAH SULTAN
AHMAD SHAH PAHANG
(D.S.A.P.)
|
|
| Bintang |
Bintang
Darjah Kebesaran
ini hendaklah serupa
dengan Bintang Darjah
Kebesaran Peringkat
Pertama, tetapi
enamelnya berwarna
biru muda. |
Lencana |
Serupa
dengan Lencana Darjah
Kebesaran Peringkat
Pertama. |
Riband
|
Riband
atau Selepang Darjah
Kebesaran ini hendaklah
selepang panjang
selebar 3½
inci yang berwarna
hijau dan berjalurkan
warna kuning di
tepinya. Di tengah-tengahnya
pula terdapat jalur
kuning diapit dengan
jaluran putih dan
hitam. |
Gelaran
Pemakaian |
Ahli-
ahli lelaki dan
perempuan yang telah
dianugerahkan Darjah
Kebesaran Peringkat
Kedua bolehlah menggunakan
gelaran "Dato'"
sebelum nama mereka
pada setiap masa.
Isteri kepada ahli
yang dikurniakan
Darjah Kebesaran
ini boleh menggunkan
gelaran "Datin"
sebelum nama mereka
pada setiap masa.
|
PERINGKAT
KETIGA
SETIA AHMAD SHAH
PAHANG (S.A.P.)
|

Darjah Kebesaran
S.A.P (Lelaki & Perempuan)
|
Darjah
Kebesaran Peringkat Ketiga
ini adalah dicadangkan
bagi kurniaan terutamanya
kepada mereka yang telah
memberikan perkhidmatan
terpuji dan cemerlang
kepada Raja Pemerintah,
Negeri Pahang Darul Makmur
dan rakyat keseluruhannya.
Pengurniaan ini biasanya
diberikan kepada Pegawai
Kerajaan Gred N54 ke atas
atau yang setaraf dengannya
dalam Perkhidmatan Kerajaan,
Badan-Badan Berkanun atau
Penguasa-Penguasa Tempatan
atau kepada sesiapa sahaja
yang difikirkan layak
menerimanya dengan nasihat
Menteri Besar Pahang.
Lencana |
Lencana
Darjah Kebesaran
ini berupa Bintang
berbucu lima yang
diperbuat daripada
emas dan enamel
yang berwarna biru
muda dan biru tua
dan mengandungi
Lambang Kebesaran
Kerajaan Negeri.
Di antara bucu-
bucu kepada Bintang
ini terletak ukiran
lima pasang bulan
sabit. |
Riband
|
Riband
untuk ahli- ahli
lelaki pada Darjah
Kebesaran ini hendaklah
selepang tangkuk
sutera selebar 2
½ inci yang
berwarna putih dan
berjalurkan warna
hitam di tepi dan
di tengah dengan
jaluran biru mengapiti
jaluran tengah.
Manakala bagi ahli
perempuan, riband
hendaklah berbentuk
pita (bow riband)
yang diperbuat dari
kain sutera juga
dan lebar serta
warnanya serupa
dengan riband ahli
lelaki. |
Gelaran
Pemakaian |
Tiada
gelaran dipakaikan
sebelum nama ahli-ahli
yang dianugerahkan
Darjah Kebesaran
ini. |

PERINGKAT
KEEMPAT
AHLI AHMAD SHAH
PAHANG (A.A.P.)
|

Darjah Kebesaran
A.A.P (Lelaki & Perempuan)
|
Darjah Kebesaran Peringkat
Keempat ini bolehlah dipertimbangkan
kepada Pegawai-Pegawai
Kerajaan, Badan-Badan
Berkanun atau Penguasa-Penguasa
Tempatan, Polis atau Angkatan
Bersenjata Gred N48 ke
atas atau kepada sesiapa
sahaja yang setaraf dengannya
yang difikirkan layak
menerima. Pengurniaan
ini adalah bagi orang
yang berjasa dan melaksanakan
tugas-tugas dengan cemerlang
ataupun yang memberikan
sumbangan dalam Badan-Badan
Sukarela ataupun lain-lain
kegiatan.
| Lencana |
| Lencana
Darjah Kebesaran ini
berukuran 1.9 inci,
hendaklah serupa dengan
Lencana Darjah Kebesaran
Peringkat Ketiga.
|
| Gelaran
Pemakaian |
Tiada
gelaran dipakaikan
sebelum nama ahli-
ahli yang dianugerahkan
Darjah Kebesaran ini.
Gelaran Pemakai :
Tiada |
DARJAH
KEBESARAN MAHKOTA
PAHANG YANG AMAT
MULIA
|
Darjah
ini hendaklah mempunyai
empat peringkat
iaitu:
i.
Peringkat Pertama
- Sri Indera Mahkota
Pahang (S.I.M.P.)
ii.
Peringkat Kedua
- Darjah Indera
Mahkota Pahang (D.I.M.P.)
iii.
Peringkat Ketiga
- Setia Mahkota
Pahang (S.M.P.)
iv.
Peringkat Keempat
- Ahli Mahkota Pahang
(A.M.P.) |
|
Orang-
orang yang boleh
memasuki mana-mana
Peringkat Darjah
Kebesaran ini hendaklah
daripada lelaki
atau perempuan yang
telah memberi atau
yang memberi perkhidmatan
terpuji kepada negeri.
|
Ahli-ahli
Kehormat |
Orang-orang
dari luar negeri
yang difikirkan
patut oleh Kebawah
Duli Yang Maha Mulia
Sultan untuk dianugerahkan
kehormatan untuk
dipilih memasuki
Darjah Kebesaran
ini akan diberi
gelaran Sri Indera
Mahkota Pahang Kehormat
atau Darjah Indera
Mahkota Pahang Kehormat
atau Setia Mahkota
Pahang Kehormat
atau Ahli Mahkota
Pahang Kehormat
mengikut penganugerahannya.
|
Penggunaan
Huruf- huruf Ringkas |
Barang
siapa yang telah
dianugerahkan Darjah
Kebesaran Yang Amat
Mulia ini boleh
menggunakan huruf-
huruf S.I.M.P.,
D.I.M.P., S.M.P.,
A.M.P., selepas
nama mereka pada
tiap- tiap masa.
|
Cop
Mohor |
Cop
Mohor Darjah Kebesaran
ini hendaklah bercorak
seperti Lencana
Sri Indera Mahkota
Pahang Yang Amat
Mulia. |
PERINGKAT
PERTAMA
SRI INDERA MAHKOTA
PAHANG (S.I.M.P.)
|
|
Kalung |
Kalung
Darjah Kebesran
ini hendaklah mengandungi
enam belas keping
emas dicantum dengan
rantai emas disusun
berempat- empat
dan bercorak dengan
cogan Negeri dan
lain-lain lambang
Negeri serta kesemuanya
diletak di atas
dataran warna kuning. |
Bintang |
Bintang
Darjah Kebesaran
ini adalah berupa
bintang dada berpancaran
cahaya buatan perak
berpin di belakang
dan mengandungi
cahaya biru tua
dan muda berselang-
selang, ditatah
pula dengan bintang
emas berlereng berbucu
lima, di tengah
dan di tepi bucu-bucu
bintang mengandungi
potongan cahaya
intan bersegi. Di
tengah- tengah merupakan
gambaran Cogan Negeri
yang diletak di
atas tapak berwarna
kuning. |
Lencana |
Lencana
pada kalung/ Kain
Selepang Darjah
kebesaran ini hendaklah
sama besar dan serupa
bentuk dan corak
bintang emas yang
ditatah pada bintang
dada. |
Riband
|
Riband
Darjah Kebesaran
hendaklah selepang
panjang sutera selebar
3½ inci berwarna
kuning dan bertepikan
biru. |
Gelaran
Pemakaian |
Ahli-
ahli lelaki atau
perempuan yang telah
dianugerahkan Darjah
Kebesaran ini bolehlah
menggunakan gelaran
Dato' sebelum nama
masing- masing pada
tiap- tiap masa
manakala isteri
mereka boleh menggunakan
gelaran Datin sebelum
nama mereka pada
setiap masa. |

PERINGKAT
KEDUA
DARJAH INDERA
MAHKOTA PAHANG
(D.I.M.P.)
|
|
| Bintang |
Bintang
Darjah Kebesaran
ini hendaklah sama
dengan Bintang Darjah
Peringkat Pertama |
Lencana |
Lencana
Darjah Kebesaran
ini hendaklah daripada
perak mengandungi
bintang berpancaran
cahaya berselang-
selang warna perak
dan hitam bertath
bintang emas berlereng
berbucu lima, tepinya
berpotongan intan.
Di tengah- tengah
merupakan lambang-
lambang Negeri di
atas tapak berwarna
kuning. |
Riband
|
Riband
atau Selepang Darjah
Kebesaran ini hendaklah
selepang panjang
sutera berwarna
hitam dan putih
masing- masing berukuran
1 ½ inci
dan bertepikan warna
kuning berukuran
½ inci |
Gelaran
Pemakaian |
Ahli-
ahli lelaki atau
perempuan yang telah
dianugerahkan Darjah
Kebesaran ini bolehlah
menggunakan gelaran
Dato' sebelum nama
masing-masing pada
tiap- tiap masa
manakala isteri
mereka boleh menggunakan
gelaran Datin sebelum
nama mereka pada
setiap masa. |

PERINGKAT
KETIGA
SERI MAHKOTA
PAHANG (S.M.P.)
|

Darjah Kebesaran
S.M.P (Lelaki & Perempuan)
|
| Lencana |
| Lencana
Darjah Kebesaran
ini hendaklah sama
dengan Lencana bagi
Darjah Kebesaran
Peringkat Kedua
|
| Riband
|
Riband
Darjah Kebesaran
ini hendaklah
selepang tangkuk
sutera berwarna
hitam dan putih
selebar 1 ¾
inci. |
| Gelaran
Pemakaian |
| Tiada |
PERINGKAT
KEEMPAT
AHLI MAHKOTA PAHANG
(A.M.P.)
|

Darjah Kebesaran
A.M.P (Lelaki & Perempuan)
|
Darjah
Kebesaran Peringkat Keempat
ini diwujudkan supaya
pengurniaannya secocok
dengan taraf dan kedudukan
penerima. Kedudukan
Bintang ini adalah di
antara Bintang A.A.P dan
Pingat P.K.C. Pada
Kebiasaannya Bintang A.M.P.
dikurniakan kepada Pegawai
Kerjaan Gred N41 sama
ada dalam Perkhidmatan
Kerajaan, Badan-Badan
Berkanun atau Penguasa-Penguasa
Tempatan atau kepada sesiapa
sahaja yang difikirkan
layak menerimanya oleh
Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan dengan nasihat
Menteri Besar Pahang.
| Lencana |
| Lencana
Darjah Kebesaran ini
berukuran 2 inci hendaklah
serupa dengan Lencana
bagi Darjah Kebesaran
Peringkat Ketiga.
|
| Gelaran
Pemakaian |
| Tiada
gelaran dipakaikan
sebelum nama ahli-ahli
yang dianugerahkan
Darjah Kebersaran
ini. |

PINGAT
KHIDMAT CEMERLANG
(P.K.C.)
|
|
Pingat
ini boleh dipertimbangkan
bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan
Gred N27 ke atas atau
yang setaraf dengannya
sama ada dalam Perkhidmatan
Awam, Badan-Badan Berkanun
atau Penguasa-Penguasa
Tempatan dan Anggota Pasukan
Keselamatan atau kepada
sesiapa sahaja yang difikirkan
layak menerima.
Pengurniaan ini adalah
bagi orang yang berjasa
dan memberikan perkhidmatan
yang cemerlang dan bermutu
tinggi.
| Gelaran
Pemakaian |
| Tiada
gelaran dipakaikan
sebelum nama ahli-ahli
yang dianugerahkan
Darjah Kebersaran
ini. |
PINGAT
GAGAH PERWIRA
(P.G.P.)
|
|
Pingat
ini bolehlah dianugerahkan
kepada sesiapa yang melaksanakan
sesuatu perbuatan yang
paling gagah dan berani
walaupun di dalam keadaan
yang amat membahayakan
serta mencemaskan dirinya
sendiri
Pingat
ini hendaklah diperbuat
daripada perak dan berbentuk
bulat. Di muka hadapannya
berukiran sebuah kepala
harimau dan sepasang gading,
bertuliskan nama pingat
dalam huruf Jawi di atas
perkataan Pahang yang
bertuliskan huruf Jawi
manakala di muka belakangnya
terukir lingkungan 16
helai daun kopi serta
nama pingat ini dalam
huruf Jawi, dan di tengah-
tengahnya nama penerima
dan tahun penganugerahan.
Apabila
suatu perbuatan yang wajar
dianugerahkan pingat ini
dilakukan oleh seseorang
yang telah dianugerahkan
pingat yang sama, pengiktirafan
yang sama hendaklah diberi
dengan penganugerahan
kepingan kerongsang perak
yang sama bentuknya dengan
kepingan kerongsang perak
di mana digantungkan pingat
ini dan hendaklah disematkan
kepada pita yang menggantungkan
pingat itu. Penganugerahan
kepingan kerongsang perak
ini tidak terhad jumlahnya
walaupun kepada orang
yang telah ada menerima
pingat ini. Bagi tiap-
tiap kepingan yang dianugerahkan,
sebuah bintang perak yang
kecil bolehlah disematkan
kepada pita apabila dipakainya
sahaja.
| Gelaran
Pemakaian |
| Tiada
gelaran dipakaikan
sebelum nama ahli-ahli
yang dianugerahkan
Darjah Kebersaran
ini. |
PINGAT
KELAKUAN TERPUJI(P.K.T.)
|
|
Pingat
ini bolehlah dianugerahkan
kepada Pegawai-Pegawai
Kerajaan dalam Gred N22
atau kepada sesiapa sahaja
yang terbukti telah melaksanakan
perbuatan atau perbuatan-perbuatan
yang mempunyai sifat kelakuan
terpuji dan berani walaupun
di dalam keadaan yang
membahayakan dirinya sendiri.
Apabila
suatu perbuatan yang wajar
dianugerahkan pingat ini
dilakukan oleh seseorang
yang telah dianugerahkan
pingat yang sama, pengiktirafan
yang sama hendaklah diberi
dengan penganugerahan
kepingan kerongsang gangsa
yang sama bentuknya dengan
kepingan kerongsang gangsa
di mana digantungkan pingat
ini dan hendaklah disematkan
kepada pita yang menggantungkan
pingat itu. Penganugerahan
kepingan kerongsang perak
ini tidak terhad jumlahnya
walaupun kepada orang
yang telah ada menerima
pingat ini. Bagi tiap-
tiap kepingan yang dianugerahkan,
sebuah bintang gangsa
yang kecil bolehlah disematkan
kepada pita apabila dipakainya
sahaja.
| Gelaran
Pemakaian |
| Tiada
gelaran dipakaikan
sebelum nama ahli-ahli
yang dianugerahkan
Darjah Kebersaran
ini. |

PINGAT
JASA KEBAKTIAN(P.J.K.)
|
|
Pingat
ini bolehlah dianugerahkan
kepada Pegawai-Pegawai
Kerajaan dalam Gred N17
atau kepada sesiapa yang
melaksanakan sesuatu perkhidmatan
yang terpuji di Negeri
Pahang Darul Makmur ini
selain daripada perbuatan
keberanian dan perkhidmatan
ini ditunjukkan oleh kecerdasan
dan kesetiaan kepada tugas
termasuk kepada perkhidmatan
yang lama dan dipenuhi
dengan kebolehan yang
istimewa, kepujian dan
kelakuan yang terpuji.
| Gelaran
Pemakaian |
| Tiada
gelaran dipakaikan
sebelum nama ahli-ahli
yang dianugerahkan
Darjah Kebersaran
ini. |
