Return to Index
 Laman Utama |  Bahasa Melayu | English |   Hubungi Kami
   Cari: dalam Go



















Dibangunkan oleh:
Perbadanan Perpustakaan
Awam Pahang






Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Pahang
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah

DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN., DK.(Perak)., DK.(Johor)., DK.(Kelantan)., DK.(Terengganu)., DK.(Perlis)., DK.(Kedah)., DKMB., DK.(Brunei).,DK.(Negeri Sembilan)., DK.(Selangor)., Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia)., Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait)., Grand Order of The Mugunghwa (South Korea)., Hon. D. Litt (Malaya).,
LLD., hc (Northrop USA), Hon.D.Sc.(Bedforshire,UK).

Selamat Datang Ke Portal Kesultanan Pahang.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang dan Perpustakaan Negara Malaysia, atas daya usaha untuk membangunkan laman web tentang warisan PEMERINTAHAN KESULTANAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR.

Sejarah pemerintahan beraja di negeri ini telah bermula sejak dari 1000 tahun lampau dan sesungguhnya, sejarah dan kegemilangan kerajaan di zaman silam sehinggalah ke zaman Negeri Pahang Darul Makmur moden sebaik-baiknya dicatatkan untuk tatapan generasi masa kini dan akan datang.

Saya percaya, Portal Kesultanan Pahang ini amat bermakna kepada generasi hari ini, memperkayakan diri dengan sumber maklumat tempatan dan sejarah warisan bangsa sendiri, tidak lagi bergantung semata-mata kepada sumber-sumber asing sebagai rujukan yang tepat dan dipercayai untuk generasi baru.

Saya juga berharap, usaha-usaha murni ini akan mendapat sokongan yang padu dari semua pihak yang terlibat agar segala yang diusahakan akan mencapai kejayaan yang cemerlang serta menjadi kebanggaan.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


 

 Laman Utama |  Bahasa Melayu | English |   Hubungi Kami
© Hakcipta terpelihara, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Gunakan Internet Explorer untuk mendapatkan paparan terbaik